Tuesday, 31 July 2012

New Freezer

The EBM can no longer fit into the current freezer. Hence, we got ourselves a new chest freezer. Macam-macam jugak freezer sekarang ni..nak pilih pun susah. (Read: bukan banyak pun pilihan di Temerloh ni).

At the moment, my EBM is stored in bottles of 4 or 5 oz. Tapi macam dah 100 over bottle beli..takkan nak beli botol lagi kot. Plastik plak besar sgt..macam rugi plak nak store 4-5 oz kalau kapasiti dia 12 oz. Huhu.

After this perlulah meng-organize kan susu-susu itu supaya nanti senang nak amek and keep track expiry date mereka.

Bil elektrik rumah bakal melambung due to the freezer tapi tak apa lah kan..the milk can stand for at least 6 months. Ok, who knows how long can the milk be kept after transferring from 2 door freezer to chest freezer? 3 months? 6? A year?

Friday, 27 July 2012

Neonatal jaundice

Gila serious tajuk. Hehe. Nak tido scroll wall fb then ada ex-officemate ckp pasal anak dia. Jaundice atau lebih dikenali sebagai demam kuning.

Anak aku dua2 kena duduk bawah lampu okay. Bagi ibu-ibu sedia maklumlah kan lampu tu apa. UV untuk digestkan bilirubin. Bilirubin tu la yang menyebabkan warna kuning tu.

Masa Danish dulu mencabar sbb dia kire prolonged jaundice gak la. 14 hari kena ulang alik pegi klinik kesihatan untuk cek TSB level. Tapi dia byk faktor tambahan - preterm, G6PD deficient, aku plak blood group O. Nanges2 gak la kat hosp sbb nak balik umah cepat.

Sofea Hanaa ari tu kena gak tapi sehari je tu pun single photo. Pastu bile doktor nak off kan phototherapy seaaje je request nak sambung since mmg kena stay hosp lg sehari. Biar puas hati balik x kuning dah.

Hubby kata jaundice ni susah..bagi susu banyak pun bole jaundice, susu x cukup pun jaundice jugak.

Nak bagi tips sket tak tau la membantu ke tak. Masa Danish dulu aku start bg EBM dari day 3 lagi. Tu utk top up lepas direct feeding. Buat macam tu sbb nak make sure dia dapat cukup susu. Masa kat dlm hosp tu ada formula nak kire brape oz/ml susu kena minum based on umur baby and birth weight.

Satu lagi nak pesan ibu-ibu jangan la takut and sedih sgt bile anak kena phototherapy and amek darah cek TSB level. Bukan apa, yang penting selamat. Ni kadang tgk ada yg sanggup biar sampai melarat sbb x nak admit hosp. Bila dah kena transfer darah tu lagi la kesian baby. Kalau x nak sgt admit, labur la sikit pegi sewa mesin photo tu buat sendiri kat rumah.

U got to be strong, mommies!!

Sunday, 22 July 2012

Iftar

Yesterday, was the first iftar together with ncik hubby for this year. He was on-called on the first of Ramadhan. The menu for today is Grilled Salmon with roasted cherry tomatoes, garlic parsley potato and coleslaw. Yummy yummy.


Friday, 20 July 2012

Marhaban ya Ramadhan

Ramadhan datang lagi. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur berpuasa lah esok.
Dah 2 tahun berpuasa penuh, Alhamdulillah. Satu tu sebab masa tengah pregnant Ahmad Danish Rifqi. Last year pulak sebab pregnant anak kedua.

Ramai orang risau takut susu tak cukup masa bulan Ramadhan ni. So, nak bagi sikit tips yang diamalkan. Alhamdulillah, setakat ni jadi. Dulu siap mintak supply domperidone untuk sebulan kat hubby sbb takut susu x cukup tapi sudahnya tak makan pun. Membazir je ubat. Huhu.

Tips yang aku amalkan:
- Buka puasa makan kurma dan minum susu
- Sepanjang malam tu make sure minum air kosong yang banyak (sampai waktu imsak)
- Makan sikit selepas terawih (so that cukup 3 meal - berbuka, supper and sahur)
- Jangan sekali-kali skip sahur
- Tutup sahur dengan susu dan kurma
- Teruskan mengepam susu seperti biasa, jangan tinggal walaupun rasa macam susu sikit

Sekian. Selamat berpuasa semua!

Sunday, 15 July 2012

Cuti cuti honeymoon

Bole ke kira honeymoon? Hehe tak kisah lah. Cuti-cuti bersama anak-anak dan suami terrrrrchenta.

Tanjong Jara Resort. Sukeee :D

Thank you ncik hubby

Saturday, 14 July 2012

A trip to Ikea

Ni masa pegi Ikea last week. Danish excited okay nampak dapur kecik tuh. Ncik suami pun apa lagi beli la untuk dia tapi sampai arini x pasang lg pun sbb sgt busy.

Otw nak balik Temerloh dari Kajang sempat lagi menyinggah ari ni sebab nak beli lagi Antonius storage system tu tapi apakan daya tak ada rezeki. Laku lah pulak.

Danish, nanti dapur dah siap pasang jangan kacau dapur mama lagi yeee. Good boy!

Monday, 9 July 2012

Suri rumahtangga

Hari ini dengan bangganya aku mengisytiharkan aku berjaya jd housewife. Haha.

Semuanya ok sampai petang bila Danish dan Sofea Hanaa nak mandi petang. Apa-apapun bole jugak masak untuk lunch. Danish dah tak dibagi makanan segera ni. Usaha ma masak bubur hari-hari berjaya. Pengajarannya jangan sekali-kali cuba bagi anak makan cerelac ke biskut Farleys ke apa. Semua makanan tu manis-mania belaka.

Danish senang je. Hari-hari makan steam egg ala-ala chawanmushi tu. Dapat idea pun sbb pernah bawak dia makan sushi. Habis semangkuk chawanmushi tu. So balik sibuk cari resepi tapi asek tak jadi je. Huhu. Akhirnya berjaya jugak jumpa cara terbaik dan termudah. 15 minit je dah siap and it works everytime. Smooth and cantik je jadinya.

Ini makanan untuk hari ini. Tak ada steam egg yang ada sup taufu, tomato spinach dan spanish tuna.

Semoga terus survive di hari-hari yang mendatang. Husbandku oncall hari ni. Huhu

Sunday, 8 July 2012

Welcome home

I'm back in Temerloh, selepas confinement di Sg Buloh plus cuti-cuti rehat sket.
Alhamdulillah berjaya transport EBM yang nak penuh freezer tu. Kat sini pun nak penuh freezer gak. Ncik suami, we need to get the chest freezer asap.


How was the EBM being transported? Well, after googling so many sites, I believed that I need dry ice to keep the EBM frozen but due to shortage of time, plus kelam-kabut kemas rumah due to the 2 babies, I just used ice, plenty of it. Lebih setengah bag ice lah untuk transport dlm 80+ bottles of milk tu. Memandangkan KL - Temerloh tak sampai pun 2 jam, so selamatlah semuanya tanpa sebarang pencairan.


Ok, penat. So nak tido dulu. The house need a serious cleaning. Barang-barang plak need to find a place where to put. Memang tak cukup la nanti bila dah bawa baju kurung pindah sini. Huhu