Friday, 20 July 2012

Marhaban ya Ramadhan

Ramadhan datang lagi. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur berpuasa lah esok.
Dah 2 tahun berpuasa penuh, Alhamdulillah. Satu tu sebab masa tengah pregnant Ahmad Danish Rifqi. Last year pulak sebab pregnant anak kedua.

Ramai orang risau takut susu tak cukup masa bulan Ramadhan ni. So, nak bagi sikit tips yang diamalkan. Alhamdulillah, setakat ni jadi. Dulu siap mintak supply domperidone untuk sebulan kat hubby sbb takut susu x cukup tapi sudahnya tak makan pun. Membazir je ubat. Huhu.

Tips yang aku amalkan:
- Buka puasa makan kurma dan minum susu
- Sepanjang malam tu make sure minum air kosong yang banyak (sampai waktu imsak)
- Makan sikit selepas terawih (so that cukup 3 meal - berbuka, supper and sahur)
- Jangan sekali-kali skip sahur
- Tutup sahur dengan susu dan kurma
- Teruskan mengepam susu seperti biasa, jangan tinggal walaupun rasa macam susu sikit

Sekian. Selamat berpuasa semua!

No comments:

Post a Comment